| Alat Perusahaan Tradisi dan Pertenunan Alat Tradisi Brunei ISBN: 978-99917-67-50-5 Harga: BND 6.00
Berat: 0.130kg
| Alat perusahaan tradisi dan pertenunan pada zaman dahulu lazimnya diusahakan oleh masyarakat Melayu di Kampung Ayer. Alat perusahaan tradisi dan pertenunan direka pada zaman dahulu bertujuan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan tanpa menggunakan mesin dan jentera. Kain tenunan pada peringkat awal hanya mampu dipakai dan dimiliki oleh kerabat diraja dan golongan bangsawan. Oleh kerana itu, bertenun kain hanya diusahakan secara persendirian khususnya dilakukan oleh kaum perempuan di rumah masing-masing oleh kelompok keluarga tertentu sahaja. Namun, hingga sekarang kain tenunan masih lagi wujud, bahkan permintaan orang ramai semakin meningkat disebabkan evolusi penciptaan kain tenunan dalam pelbagai corak dan bentuk. Kain tenunan sudah banyak dicipta, antaranya adalah untuk membuat beg tangan, bingkai gambar, kusyen bantal, alas piring dan alas meja.
|
| Alat Muzik dan Permainan Tradisi Alat Tradisi Brunei ISBN: 978-99917-67-33-8 Harga: BND 6.00
Berat: 0.135kg
| Alat muzik tradisi masyarakat zaman dahulu kebanyakannya dicipta daripada bahan yang diperbuat daripada kayu dan tembaga. Lazimnya alat-alat tersebut dicipta bagi tujuan tertentu. Umpung dan seruling sejenis alat bunyi-bunyian yang digunakan untuk menghibur hati dan mengisi kesunyian selepas penat bekerja. Alat permainan tradisi masyarakat dulu juga menggambarkan kreativiti dan kemahiran masyarakat dalam bidang permainan. Misalnya, permainan congkak yang digemari sehingga pada masa kini. Selain itu terdapat juga permainan tradisi yang telah diangkat sebagai permainan kebangsaan dan sering diadakan sebagai perlawanan ketika memeriahkan sesuatu acara, antaranya seperti permainan gasing, kuit, tarik kalat, kikik, congkak, dan silat.
|
| Pertukangan Tangan: Alat Tradisi Brunei ISBN: 978-99917-67-34-5
Harga: BND 6.00
Berat: 0.135kg
| Informasi mengenai pertukangan tangan atau kraf tangan, seperti tembaga, emas, dan perak merupakan salah satu perusahaan yang sudah lama wujud dan diusahakan oleh masyarakat Melayu Brunei. Kewujudan beberapa buah kampung terawal, seperti Kampung Pandai Besi, Kampung Ujung Bukit, dan Kampung Pandai Amas adalah merujuk kepada hasil kegiatan utama para penduduknya. Antara pertukangan tangan yang dihasilkan daripada emas, perak, dan tembaga, seperti sulang, bedil, keris, acuan kuih, gelang, wafak, calapa (celapa), subang, kotak mancis, cupu, dan alat perhiasan pengantin, seperti kedudukan dian (lilin), gangsa, dan lain-lain. Terdapat juga hasil kraf tangan yang dimiliki oleh masyarakat Brunei dan puak jati di Brunei. Antaranya candas, gegawi, kukuran, dan sebagainya.
|
| Alat Menangkap Binatang: Alat Tradisi Brunei ISBN: 978-99917-67512 Harga: BND 8.00
Berat: 0.165kg
| Memperkenalkan kemahiran masyarakat Melayu dalam mencipta alat tradisi menangkap binatang darat, menangkap burung dan juga menangkap ikan. Kebanyakan alat tradisi yang digunakan untuk membuat peralatan menjerat dan menangkap binatang ini, diperbuat daripada kayu pokok, rotan, buluh, getah pokok misalnya jerat, sangkar dan pukat. Masyarakat Kampung Ayer mahir menggunakan alat-alat seperti bubu dan rambat untuk menangkap ikan. Manakala masyarakat kampung di darat pula mahir menggunakan peralatan menangkap binatang di samping mencari tanaman-tanaman hutan. Meramu ke hutan untuk mencari umbut, kulat, rebung, ubat-ubatan tradisi dan menjerat binatang merupakan kegiatan yang sering dilakukan oleh masyarakat di darat. Pada masa sekarang, alat tradisi menangkap binatang ini telah banyak diganti dengan alat yang canggih disesuaikan dengan perkembangan zaman.
|
| Seni Anyaman: Alat Tradisi Brunei ISBN: 978-99917-67529
Harga: BND 8.00
Berat: 0.160kg
| Menganyam ialah proses jalin-menjalin, silang-menyilang, dan tindih-menindih daun, buluh dan rotan. Hasil daripada menganyam, terbentuklah alat-alat seperti bakul, tikar, ketupat, tindulang, talaya, takiding, dan sebagainya. Kerja menganyam dipelopori oleh kaum wanita dan pada lazimnya para ibu akan mengajarkan kepada anak-anak mereka. Sehingga sekarang seni anyaman masih terus dilakukan meskipun telah banyak bahan-bahan ganti yang canggih telah diperkenalkan. Namun hasil kraf tangan masih boleh bertahan sebagai warisan tradisi masyarakat Melayu.
|
| Laras bahasa Teks Titah ISBN: 978-99917-67048 Harga: BND 4.00
Berat: 0.210kg
| Laras Bahasa Teks Titah mengandungi maklumat tentang ciri-ciri linguistik yang menandai laras bahasa teks titah di samping mengenal pasti unsur-unsur yang menonjolkan laras bahasa teks titah dan sekali gus menganalisis kandungan teks titah bagi mengkategorikan laras bahasa. Manakala, dari sudut bukan linguistik dan linguistik, ciri-ciri linguistik yang menandai laras bahasa titah dari aspek perbendaharaan kata menjadi fokus utama. Unsur-unsur yang menonjolkan laras bahas titah juga turut diketengahkan dalam buku ini.
|
| Melayu Islam Beraja Sebuah Inteperasi ISBN: 978-99917-67-63-5 Harga: BND 7.00
Berat: 0.290kg
| Melayu Islam Beraja (MIB) telah secara rasminya diproklamasi sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam selepas kemerdekaan 1 Januari 1984. MIB tiga komponen; iaitu MELAYU yang merangkumi bahasa, budaya dan adat Melayu yang dipraktikkan di negara ini, ISLAM menjadi agama rasmi negara yang dominan dan pegangan yang meliputi syariat dan nilai Islam yang dihayati sebagai cara hidup yang lengkap, dan BERAJA selaku pemimpin dan penaung yang memegang amanah Allah dan sebuah institusi beraja yang mempraktikkan sistem monarki untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Ciri-ciri MIB merupakan wawasan negara dan sebuah unsur yang dinamik untuk kelangsungan hidup masyarakat masa kini dan masa depan. MIB bukan saja sebagai sebuah idea, fikiran, fahaman, dan cita-cita malah ia sebagai landasan pemikiran dan tindakan untuk membentuk sebuah negara yang berwawasan yang bertolak dari zaman pemerintahan Awang Alak Betatar sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
|
| Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun ISBN: 978-99917-87-67-16-1 Harga: BND 5.00
Berat: 0.170kg
| Laksamana turun ke kapal Mengiringkan raja berangkat Bijaksana lagi berakal Jangan berubah kata muafakat Mengiringkan raja berangkat Memakai payung kekuningan Jangan berubah kata muafakat Gunung tinggi menjadi ringan Pantun di atas adalah antara pantun yang termuat dalam buku Akal Budi Masyarakat Melayu Brunei dalam pantun. Selain berfungsi sebagai hiburan, sindiran dan nasihat, tersirat juga di dalamnya akal budi masyarakat Melayu yang terkenal dengan nilai-nilai murni.
|
| Corak dan Seni Bina Rumah Melayu Brunei Tinjauan Ringkas ISBN: 978-99917-67246 Harga: BND 6.00
| Budaya, kepercayaan, filosofi dan persekitaran adalah antara unsur yang mempengaruhi keunikan reka bentuk dan seni bina rumah masyarakat Melayu Brunei. Rumah-rumah tradisi yang mulanya dibina berasaskan sumber alam kini telah mengalami proses akulturasi dan adaptasi yang ketara berdasarkan perkembangan zaman mentelah pula perkembangan teknologi maklumat yang menyediakan begitu banyak reka bentuk moden dan kontemporari sesuai dengan selera masing-masing. Perubahan bukan hanya dari aspek bahan dan teknik pembinaan, bahkan juga pada corak dan reka bentuknya, sehingga rumah-rumah yang ada sekarang menjadi semakin menarik, moden dan terampil.
|
| Tamsil Ibarat Lentera Hikmah ISBN: 978-99917-67062 Harga: BND 5.00
Berat: 0.210kg
| Salah satu keistimewaan unsur penciptaan 'manusia' ialah kemahiran berbahasa sama ada bahasa yang dapat difahami melalui dua cabang 'latent' dan 'manifest' atau yang tersurat dan tersirat. Kemahiran yang masih mengungguli nurani kemanusiaan ialah kebolehan melahirkan daya bahasa menerusi metafora dan perlambangan yang disesuaikan dengan persekitaran. Tamsil Ibarat Lantera Hikmah cuba diketengahkan kepada masyarakat pembaca bagi mengongsikan tentang kemahiran dan kebolehan manusia memberi pandangan, nasihat atau teguran dan selebihnya bagi menterjemahkan ketinggian dan keupayaan manusia untuk sama-sama melihat masa depan yang lebih baik dan indah dengan cuba menyisihkan nilai-nilai kelemahan diri.
|
| Didiklah Anak-Anakku ISBN: 978-99917-09901 Harga: BND 4.00
Berat: 0.180kg
| Dalam era serba canggih ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai cabaran. Mereka, sama ada menyedari atau tidak, dituntut supaya menyahut dan memenuhi cabaran-cabaran itu. Ini termasuklah bidang pelajaran yang menjadi anak kunci pada tangga kejayaan seseorang, sama ada seseorang itu pelajar penuh masa atau pekerja penuh masa tetapi belajar sambilan. Walau apa cara yang diambil, ternyata disiplin adalah amat penting.
|
| Arus Ke Kuala ISBN: 978-99917-09970 Harga: BND 7.00
Berat: 0.340kg
| Menah dan dua orang anak ditinggalkan oleh suami dengan tiada khabar berita. Dengan ketabahan dan kekentalan yang ada pada dirinya, Menah ingin membentuk kehidupan baru dengan sokongan anak-anak dan sokongan pihak kerajaan, dia mengorak langkah lebih jauh, mengusahakan pelbagai projek tani dan ternakan sehingga dia diangkat sebagai seorang usahawan muda. Dalam menggapai kejayaan, suaminya muncul semula, mengharapkan untuk menyambung semula kasih sayang yang telah hakis. Mampukah Menah menerima suaminya ke sisi keluarganya? Bagaimanakah Menah dan Rosmini mengendalikan kemunculan beberapa buah syarikat hasil usaha mereka bersama di daerah Temburong di samping kegiatan bersama isteri-isteri tunggal? Sorotilah perkembangan seterusnya dalam novel Arus Ke Kuala.
|
| Amanat (Kumpulan Drama TV) ISBN: 978-99917-09703 Harga: BND 7.00
Berat: 0.385kg
| Amanat Memuatkan empat buah naskhah skrip drama TV yang pernah diterbitkan oleh Unit Drama TV, Radio Televisyen Brunei. Keempat-empat buah skrip drama tersebut, ialah Amanat yang telah dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV MoU RTB뻄ediaCorp TV/ Suria, Singapura, dan telah diolah serta diubah judulnya kepada Menyulam Kasih pada tahun 2002; Menentang Arus yang telah dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV sempena Israk Mikraj pada tahun 2010; Kembali ke Pangkal Jalan yang telah dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV sempena Hari Antarabangsa Membanteras Penyalahgunaan Dadah Haram pada tahun 2011; dan Selamat Hari Jadi Mona? yang telah dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah pada tahun 2012. Kumpulan drama TV ini cuba memaparkan kehidupan masyarakat yang berkepelbagaian sifatnya. Kesemua skrip drama TV ini telah ditulis dengan pendekatan yang bersesuaian dari sudut visualnya, dan selari dengan matlamat penyiaran tempatan. Di samping menjadi bahan bacaan umum, kumpulan drama TV ini juga diharap akan dapat dijadikan panduan yang berguna kepada bakat-bakat penulis skrip muda kita.
|
| Jejak Rindu Syahdu ISBN: 978-99917-67017 Harga: BND 7.00
Berat: 0.235kg
| Perkara Yang boleh menjadikan hati lapang, yakni tauhid yang kuat, petunjuk dan cahaya yang Allah tanamkan dalam hati hamba-Nya, ilmu yang bermanfaat, sentiasa berzikir kepada Allah di samping membuang sifat-sifat negatif adalah fokus dalam novel ini. Tonggak kebahagiaan di dunia dan akhirat terletak pada pegangan teguh kita kepada Allah kerana setiap masa Allah akan menjaga kita. Manakala berpegang teguh kepada agama Islam membentengi kita daripada kesesatan. Tema sebegini cuba dirungkai oleh penulis dalam novelnya Jejak Rindu Syahdu. Untaian kalimat berhikmah banyak ditemukan melalui watak Muhammad Hanafi, Sharifah, Othman, Suhaimi dan watak lainnya.
|
| Anjung Buana II Sehelai Uban Di Alis Mata ISBN: 978-99917-67-19-2 Harga: BND 7.00
Berat: 0.270kg
| Kumpulan Puisi Anjung Buana II Sehelai Uban di Alis Mata tercipta setelah penulis mempelajari "suara lain" yang terungkap lewat kata-kata yang terukir oleh 10 orang tokoh sasterawan hebat mancanegara seperti, Allen Ginsberg (Amerika Syarikat), Arthur Rimbaud (Perancis), Charles Baudelaire (Peranchis), Deek Walcotta (Karibia), E.E.Cumming (Amerika Syarikat), Georg Traki (Jerman), Pablo Neruda (Chili), Paul Verlaine (Peranchis), Rainer Maria Rilke (Austria/Jerman) dan Robert Burns (Inggeris).
|
| Mahari ISBN: 978-99917-67031 Harga: BND 5.00
Berat: 0.175kg
| Mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama Mahari. Mahari mengakui dirinya banyak kekurangan dan cabaran yang dilaluinya mengajar erti hidup untuk sentiasa cekal mengharungi kehidupan yang penuh dugaan. Walaupun pada mulanya, Mahari tidak yakin dalam memikul tanggungjawab terhadap keluarga dan amanah dalam mentadbir syarikat peninggalan ayahnya, namun atas sokongan ibunya, menjadikan semangat Mahari berkobar-kobar untuk terus bangkit berjuang. Berjayakah Mahari menggaul semua rempah ratus permasalahan hidupnya? Berjayakah Mahari menerajui empayar syarikat peninggalan ayahnya? Dapatkan novel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.
|
| Yang Gugur DAN Yang Tidur ISBN: 978-99917-09949 Harga: BND 7.00
Berat: 0.345kg
| Kumpulan Cerpen Yang Gugur dan Yang Tidur menghimpunkan pengalaman watak subaltern (kebanyakannya) sebagai iktibar yang boleh dimanfaatkan. Suara mereka yang dicoretkan oleh pengarangnya dalam kumpulan cerpen ini adalah bagi melangsungkan kesinambungan iltizamnya dalam masyarakat dan negara yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja. Usaha ini selari dengan salah satu daripada tugas sastera; untuk 'memanusiakan manusia'. Dengan demikian, kehadiran kumpulan cerpen ini bukan sahaja memperkayakan khazanah bahasa dan sastera Melayu tetapi juga memperkasakannya.
|
| Menyusur Lembah Hijau ISBN: 978-99917-0-998-7 Harga: BND 5.00
Berat: 0.145kg
| "Peringkat Permulaan memang agak sukar dengan pelbagai masalah dan cabaran, bak kata perumpamaan; manakan dapat sagu, jika tidak dipecahkan ruyungnya, kalau tidak dicuba, mana nak tahu berjaya atau sebaliknya setiap usaha itu." Inilah antara dialog yang termuat di dalam novel ini, yang memberikan kesungguhan dan rangsangan kepada Amit dan Siti Nur Gayah untuk meneruskan hidup. Apakah yang berlaku kepada Amit dan Siti Nur Gayah? Adakah kemiskinan menjadi penghalang dalam menghadapi cabaran hidup membimbing anak-anak mereka? Dapatkan naskhah ini untuk terus mengikuti perkembangan ceritanya
|
| Nostalgiaku Abadi, Pantunku Dipantuni ISBN : 978-99917-67-11-6 Harga : BND 5.00
Berat:
| Menghimpunkan kumpulan pantun yang dihasilkan sebagai ristaan dan ingatan dalam menghadapi kehidupan di alam maya ini. Bersumber ilham, inspirasi, pengalaman, pengamatan, dan senstiviti, penulis menukilkan dan melakarkannya ke dalam bentuk pantun. Misalnya, pantun "Negaraku Permai" penyair dengan caranya yang tersendiri telah memperkenalkan nama-nama kampung, sejarah, keunikan, dan keindahan yang terdapat di Kampung Ayer.
|
| Jungle King Sebuah Novel ISBN: 978-99917-67-08-6 Harga: BND 7.00
Berat: 0.225kg
| Jungle King Sebuah Novel ialah kumpulan 15 cerpen yang mengetengahkan pelbagai tema yang diadun berdasarkan pengalaman penulis di dalam dan luar negara. Judul buku ini diangkat daripada salah sebuah cerpen yang termuat di dalamnya yang melontarkan tema keadilan, kejujuran dan ketidaktentuan dengan gaya yang menarik. Cerpen ini tentu sahaja berdasarkan pengalaman penulis yang kemudian dikembangkan melalui imaginasi sehingga ceritanya seolah-olah menjadi sebuah cerita yang tidak masuk akal. Cerpen yang baik mungkin tidak akan wujud jika penulisnya hanya menurunkan fakta tanpa diolah dengan imaginasi sehingga menjadi sebuah fiksyen, dan hal ini digambarkan dengan jelas oleh penulis melalui cerpen yang juga termuat dalam buku ini yang berjudul "Dari Tingkat 17 Cititel". Bagaimanapun secara umum, setiap cerpen dalam buku ini adalah adunan fakta dan fiksyen dengan menekankan unsur rasa ingin tahu, bukan sahaja ceritanya tetapi juga yang lebih penting tema yang ingin disampaikan.
|
| Kain Buruk Jangan Sadaikan ISBN: 978-99917-67482 Harga: BND 5.00
Berat: 0.160kg
| Sorotilah luahan rasa Haji Sulaiman Haji Duraman dalam menginterprestasikan alam dan persekitarannya ke bentuk kreatif Kumpulan Puisi: Kain Buruk Jangan Sadaikan. Untuk mengenali beliau dan karyanya, dapatkanlah kumpulan puisi penulis ini yang sarat dengan idealisme yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
|
| Burung-Burung Terbang Lagi ISBN: 978-99917-67239 Harga: BND 5.00
Berat: 0.150kg
| Puisi adalah bahasa kalbu dan coretan yang mengiringi pena sang penyair yang asyik menari dalam merakamkan pemikiran untuk santapan khalayak. Pengamatan, pemerhatian dan penaklukan sesuatu isu, peristiwa dan tragedi di sekeliling mendorong adrenalin sang penyair untuk menuangkannya ke dalam puisi. Bak dalam 'Burung-burung Terbang Lagi', alam menjadi pencetus ilham dan ide Maya Brunei menghasilkan puisinya lalu dikaitkan dengan kehidupan manusia.
|
| A collection of poetry Journey After Young Dreams ISBN: 978-99917-67383 Harga: BND 5.00
Berat: 0.135kg
| Journey After Young Dreams comprises of 95 poems which dimantles various themes in the humanities, social, friendship, love and honesty. Each written poem is not only short, it is also concise and laden with messages that require astute observation. For instance, 'Human Selfishness', 'Most Tired Eyes', and 'Grieving'. Moreover, this book exposes the form of haiku poetry which leads us to think more analytically. This book will also help to stimulate interest the writers to produce spectacular literary works.
|
| Hulubalang Saban Bukang
ISBN: 978-99917-09963 Harga: BND 3.00
Berat: 0.070kg
| Awang Saban dilantik untuk berkhidmat dengan Kebawah Duli Sultan sebagai seorang hulubalang. Cerita dalam buku ini pernah terjadi di Brunei pada zaman dahulu. Menceritakan mengenai ketaatan Awang Saban dalam memperjuangkan negara dan menunjukkan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Adik-adik pasti akan mendapat inspirasi daripada watak Hulubalang Saban Bukang di samping bertujuan untuk menimbulkan rasa cinta kepada negara.
|
| Sepakat Membawa Berkat ISBN: 978-99917-09734 Harga: BND 3.00
Berat: 0.065kg
| Haiwan apakah yang ada dalam gambar kulit buku ini? Untuk mengetahuinya, baca buku ini hingga ke akhirnya. Buku ini sangat menarik bagi menambah koleksi buku adik-adik semua, kerana, di samping mempunyai lukisan-lukisan yang berwarna-warni, buku ini turut menyajikan pemerian mengenai haiwan, buah-buahan dan tumbuhan yang lain.
|
| Padah Si Monyet ISBN: 978-99917-09819 Harga: BND 3.00
Berat: 0.070kg
| "Tolong? tolong? tolong lepaskanku?!" Itulah jeritan terakhir Si Monyet sebelum ditangkap oleh Pak Ali. Apakah yang terjadi kepada Si Monyet? Adakah Si Monyet terus berdegil dan tidak meng- endahkan nasihat daripada sahabatnya? Ikutilah kisah persahabatan dua binatang yang berliku, gara-gara sikap tamak.
|
| Nasib Si Cengkih ISBN: 978-99917-09802 Harga: BND 3.00
Berat: 0.090kg
| Lalu isterinya pun mendatangi pokok bunga itu dan bersumpah, "Mulai hari ini, aku berjanji tidak akan mengizinkan anak, cucu-cicit, dan keturunanku menghampiri bunga ini," Hai, adik-adik! Ingin tahu mengapa semut takut kepada pokok dan bunga cengkih?
|
| Tipot yang Baik Hati ISBN: 978-99917-09789 Harga: BND 3.00
Berat: 0.080kg
| Apa yang telah terjadi kepada Raksme-rah sebenarnya? Mengisahkan cerita tentang semut hitam dan semut merah. Mengandungi moral untuk mengajak pembaca berbuat baik kepada orang lain yang akan dibalas dengan kebaikan juga. Oleh itu, jagalah hubungan sesama rakan dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.
|
| Keranamu Durian ISBN : 978-99917-09994 Harga : BND 3.00
| Sebuah cerita persahabatan antara Aris, Arsad dan Sahab. Mereka bertiga bersahabat baik dan rapat sedari kecil lagi. Namun, suatu hari, persahabatan mereka teruji apabila salah seorang daripada mereka memiliki sifat tamak dan juga mementingkan diri sendiri. Apakah yang terjadi kepada mereka?
|
| Genggam Bara Api Biar sampai Jadi Arang ISBN : 978-99916-67-29-1 Harga : BND 3.00
| "Cita-cita kau apa pula, Amin?" Ah Siong bertanya balik. "Aku nak jadi seorang peniaga yang berjaya, tapi aku cacat," jawab Amin berasa sedih. "Kecacatan bukanlah penghalang untuk kita berjaya. Yang penting, semangat cekal dan tabah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan," kata Ah Siong sambil menepuk bahu Amin. Apakah cita-cita Amin tercapai menjadi seorang peniaga? Dapatkanlah buku ini untuk mengikuti cerita penghujungnya.
|
| Aduhai Samad! ISBN: 978-99917-67185 Harga: BND 3.00
Berat: 0.070kg
| Mengisahkan kehidupan masyarakat yang hidup berjiran. Samad, seorang yang memiliki sifat hasad dengki dan tidak mahu kalah dari Encik Hussin, jirannya yang kaya. Dia cuba untuk mengikuti cara hidup Encik Hussin dan berbelanja melebihi daripada kemampuannya semata-mata hanya mahu menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berhutang keliling pinggang. Apakah kesudahan cerita ini? Mampukah Samad hidup seperti Encik Hussin?
|
| Omar dan Sahabatnya ISBN: 978-99917-67178 Harga: BND 3.00
Berat: 0.090kg
| "Membari takut, sudahku maliat kadikau ani. Bukan macam dahulu lagi. Tumbuh sudah belali di kepalamu ani. Kalau orang lain maliat, bukan lagi heboh tapi musibah. Saudara harap, jangantah ditunjuk-tunjukkan jasad saudara arah manusia," kata Omar. "Awu,", kata Sang Ular yang mana rupa kejadiannya bertukar menjadi seekor naga. Naga itu pun mendekatinya lalu digosok kepalanya oleh Omar dengan baju seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Mampukah kejujuran menjadikan persahabatan terjalin akrab? Ikutilah kisah persahabatan antara manusia dengan binatang. Apakah persahabatan antara manusia dengan binatang. Apakah persahabatan ini akan mampu bertahan selamanya?
|